Friday 14 April 2017

Tips Kekal Langsing Dengan Premium Beautiful

Dah ada Premium Beautiful? nak tau bagaimana nak kekal langsing dengan memakai Premium Beautiful?

Jom akak nak kongsikan tips-tipsnye.

1. Wajib ada 1 set PB sama ada PB Classic atau PB Elegance; kalau tak macam mana nak maintain body shape tu kan. Nak dapatkan saiz yang betul-betul selesa dan sedap memakai kenalah beli dengan agent yang betul-betul aktif bukan setakat menjual tetapi memang pengguna tegar PB. Akak dah pakai PB ni hampir 5 tahun dah dan masih lagi menggunakan set yang sama. Untungkan sebab PB ni memang tahan bertahun-tahun kita hanya bayar sekali je tapi berkali-kali kita dapat benefit dia.

2. Konsisten pakai selama 8jam sehari.
Akak selalu pakai masa keje konpem dah kat situ dah cukup 8jam sehari. Kerja akak banyak habis dekat site atau office, dengan pakai PB ni memang sangat2 membantu terutamanya atasi masalah sakit pinggang akibat terlalu lama duduk di pejabat atau banyak berjalan dekat site. Jangan risau kalau pakai PB bagi yang bekerja site ni sebab material PB sejuk dan sangat menyerap peluh. Memang tidak berbau. Lagi-lagi material Premium Beautiful ni ANTI-BAKTERIA!

3. Workout dengan Premium Beautiful
Bagi yang suka workout atau bersenam adalah bonus jika pakai dengan Premium Beautiful. PB membantu membakar kalori dengan lebih cepat. So cepat la kalau nak dapat berat yang di target tu kan. Kita kurus cantik sihat ni bukan untuk sesiapa, untuk diri kita juga kan.

4. Amalkan corak pemakanan dengan sihat
Akak ni bukanlah jenis yang berdiet. memang jenis yang suka makan. tapi masih lagi mengawal kuantiti makan sebab bila usia dah 30tahun ke atas metabolisme badan mula menurun tetapi selera pulak makin mengembang ye tak. Itu yang menyebabkan badan susah nak kurus tu. Apa yang akak buat akak cuba kawal portion pemakanan akak disamping try untuk makan secara sihat. Kalau pakai Premium Beautiful ni secara tak langsung memang korset ni membantu kita mengawal jumlah pemakanan yang diambil. Tiada pantang larang makan dengan PB ni. Boleh makan apa yang disukai.

5. Banyakkan minum air
Yang ni akak rasa semua orang dah tau. Memang kita sangat digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kena amalkan ye. Barulah sistem penghadaman kita baik.



Ni gambar akak Oktober 2016 masa makcik akak kahwin. Alhamdulillah masih boleh maintain berat badan 55kg dan pakai baju saiz M dengan konsisten pakai PB selama 5 tahun.



Pakai Premium Beautiful, badan kita akan cantik terletak. Kalau anda ikut cara yang akak nyatakan kat atas tu, lagi cepat lah anda boleh kurus dan langsing.

Jangan risau kalau sekarang ni, anda gemuk, perut buncit, bongkok, kurus kering atau sebagainya, sebab, it will never too late for you all to wear Premium Beautiful. InsyaAllah tak rugi langsung nak buat investment dengan Premium Beautiful ni sebab ia memang berbaloi for a lifetime. Yang ruginya kalau anda tak pakai Premium Beautiful :D
Tips Langsing Dan Kurus Dengan Premium Beautiful


Tengok sendirilah perubahan saf ni. Memang jealous giler tengok perubahan Saf. Dari badan besar tapi kini dah gembira berbadan kecil. kalau nak tahu, masa tahun 2012 tu (gambar kiri) pinggang Saf nak cecah 29 inci tau. Padahal sebelum ni Saf ni kecik je orang nya, pinggang cuma 26 inci je. Bayangkan sebab tak kawal, dah naik 3 inci! Saf memang consistent pakai Premium Beautiful ni sejak 2014. Dan September 2015 boleh tengok sendiri macam dalam gambar. Saf sekarang dah boleh pakai jeans saiz 27. Pinggang semakin mengecil. Kata Saf, kalau dia tahu dari awal lagi dah pakai Premium Beautiful, kot-kot sekarang ni dah boleh jadi macam Che Ta. hehe..Tapi macam akak kata tadi, tak terlambat pun nak pakai Premium Beautiful. Saf kata, nak sihat, kurus dan cantik untuk kepuasan diri sendiri. Bila badan ringan, lagi memudahkan pergerakan dan nak beribadat pun lagi mudah.

Love,
Arina
019-2663797

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...