Thursday 28 January 2016

Cara perkenalkan telur pada bayi 8 bulan ke atas

Assalamualaikum..
Dah lama dah nak post pasal ni tapi asyik dekat draft je..memang nak share info ni sebab si kecik amanda alergik telur rupanya..

Waktu bila sesuai untuk perkenalkan telur pada bayi??

Telur kuning mula diperkenalkan setelah bayi 8 bulan ke atas dan sebelum 1 tahun.

Kenapa??

Semua mommies tau kan bila bayi dah 1 tahun akan diberikan suntikan MMR (Measles, Mumps, Rubella) mengikut jadual yang diberikan oleh KKM. Menurut sumber (credit to The Lady Barbella) suntikan MMR mengandungi kolostrom seperti mana yang terdapat dalam kuning telur. Maka, sebelum baby diberikan suntikan MMR, baby diberikan terlebih dahulu telur kuning untuk mengesan tindak balas terhadap kolostrum. Sekiranya bayi ok tiada sebarang alahan jadi tiada masalah untuk terus menerima suntikan. Tetapi jika ada tanda-tanda alahan seperti naik ruam atau bintik-bintik merah pada kulit kita perlu memaklumkan kepada nurse atau doktor.

Bagi kes Amanda, saya intro telur masa umur dia 9 bulan..saya cuma campurkan 2 sudu telur kuning dalam bubur nasi dia. Selepas 2jam makan dah mula nampak Amanda start menggaru-garu..sah! Dia alergik telur. Habis muka, badan naik ruam merah-merah. Apalagi, berdesup la saya dan mr.hubby bawa pegi klinik..risau sangat masa tu.


Hanya gambar ni saja yang sempat nak snap. ruam merah penuh dekat muka, badan dan tangan.

Di klinik doktor yang merawat Amanda bagi makan ubat untuk kurangkan alahan. Pesan doc sekiranya lepas balik rumah bayi ada tanda seperti sesak nafas kena terus bawa pergi hospital sebab takut ada alergic yang teruk. Alhamdulillah bintik-bintik merah tu sudah mula berkurangan dan tiada tanda sesak nafas. huihh lega sangat masa tu..

Memandangkan Amanda sebelum ni terima vaksinasi di Klinik Desa Bukit Kelulut, jadi semasa nak terima suntikan MMR nanti Amanda perlu di refer ke Hospital Temerloh untuk terima suntikan tersebut kerana doktor perlu monitor dalam tempoh 1-5jam di Wad Penjagaan Harian untuk melihat sebarang tindak balas terhadap suntikan MMR. Jika tiada apa-apa alahan bayi dibenarkan pulang. Kebanyakkan kes bayi yang alergic telur ni bila dah terima MMR dan tiada apa-apa alahan selepas tu inshaAllah bayi tiada masalah dengan telur lagi. 

Yang ni cara memperkenalkan telur kepada bayi secara berperingkat-peringkat (ikut PPUM - MMRTELUR)

PASTIKAN :

- telur kena pastikan betul-betul masak

- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

CARA-CARANYA:

Minggu pertama – 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja

Minggu kedua – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga – 1 BIJI telur kuning sahaja

Minggu keempat – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima – 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur

Minggu keenam – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh – 1 BIJI telur sepenuhnya

Minggu kelapan – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

ok itu sahaja nak share. hope info yang tak seberapa ni dapat membantu mommy2 semua. 19/2/2016 Amanda ada appoinment dengan Hosp Temerloh untuk MMR. nanti saya update yer. 

p/s: Mommy..Premium Beautiful is on SALE tau!! 

Loves,
arina:0192663797


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...